Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

RENUNGAN HARI INI

"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kebahagiaan, satu kebahagiaan ketika tiba waktu berbuka, dan satu kebahagiaan lagi ketika berjumpa dengan Rabbnya. Dan sungguh, bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum dari bau minyak kesturi."(Sunan ibnu majah : 1628, shahih)

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN TERINDAH


Jika aku terbang di angkasa,
Kulihat bumi nan indah,
Hijau itu daratan,
Biru itu lautan.

Aku leka dibuai keindahan,
Alam ciptaan Tuhan,
Yang satu,
Yang Esa,
Yang Maha Kuasa.

Andai kata biru itu pahala,
Hijau pula dosa,
Mampukah lautan menutupi daratan.

Andai kata pula hijau itu pahala,
Biru tu dosa,
Mampukah daratan mengambusi lautan.

Kulihat kelangit,
Biru!

Kurenung daratan,
Hijau!

Syurga atau neraka,
Di manakah aku?

Risau dan gelisah,
Resah taubat tak diendah.

Tangan ditadah,
Dahi ke tanah,
Hati pasrah.

Terawikh,
Tasbih,
Tahajjud,
Taubat,
Buat Ramadhan terindah..







Sunday, July 17, 2011

CASH ATAU LOAN??


Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita seharian, segala perbelanjaan yang ingin kita keluarkan memerlukan cash ataupun lebih dikenali secara tunai. Dengan peredaran zaman dan perubahan teknologi yang semakin pesat membangun, kita diperkenalkan lagi dengan kecanggihan menggunakan kad kredit dalam perbelanjaan seharian kita.

Kebanyakkan kita lebih selesa untuk membeli sesuatu; tidak kiralah dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar barangan secara CASH! Ya, secara tunai. Nak beli kereta bayar CASH, nak beli rumah bayar CASH dan seterusnya. CASH adalah pilihan utama bagi memenuhi permintaan dan kehendak setiap individu. Jika buat pinjaman bank, mereka menganggap ianya satu bebanan yang besar dan menyusahkan.

Untuk pengetahuan ramai, sejak sekian lama masyarakat kita amatlah risau dan cuba untuk mengelak daripada menggunakan kelebihan yang disediakan. Antara kelebihan yang sedia ada adalah khidmat pinjaman daripada bank-bank tempatan mahupun luar negara. Tidak cukup dengan itu, banyak lagi pinjaman-pinjaman serta pelaburan yang disediakan untuk orang ramai tidak digunakan secara bijaksana dan menyeluruh.

Adakah LOAN Itu Bagus?

Sekiranya kita diberi pilihan samada ingin membeli rumah secara CASH mahupun LOAN?

Situasi #1

Jika kita mempunyai simpanan sebanyak RM200,000 dan berkeinginan untuk membeli rumah yang bernilai RM100,000. Apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kita semua? Mestilah ingin membelinya secara CASH. Apalah sangat RM100,000 dan kita masih ada baki RM100,000 dalam simpanan kita. Tak usah pening-pening nak bayar bulan-bulan kepada bank. Suatu hari nanti harga rumah naik, maka kita dapat jual balik dan dapat untung terus. Misalannya, rumah naik RM120,000 selepas tempoh 4 tahun. Dapat untung RM20,000 sekaligus. Ini adalah cara berfikir orang lama.

Situasi #2

Seperti situasi #1 di atas; kita mempunyai nilai simpanan sebanyak RM200,000 dan ingin membeli rumah yang sama bernilai RM100,000. Tapi kali ini kita memilih untuk membuat LOAN. Kebiasaanya bank meminta kita untuk membayar sebanyak 10% daripada nilaian rumah itu tadi. Ambil matematik mudah, 10% daripada RM100,000 adalah RM10,000.

Kita hanya perlu membayar RM10,000 sahaja untuk peringkat permulaan. Selalunya jumlah kos guaman dan dokumen-dokumen yang terlibat adalah RM5,000. Maka jumlah keseluruhan bayaran adalah sebanyak RM15,000 untuk rumah tadi.

Jadi simpanan kita masih berbaki RM185,000; betul tak? Jika pembelian secara CASH, simpanan kita hanya berbaki RM100,000 sahaja. Mana lagi baik: Situasi #1 ataupun situasi #2?

Jika anda masih lagi berfikir pembelian secara CASH lagi baik, molek kiranya fikirkannya untuk kali kedua. Dengan baki RM185,000 lagi, anda mampu membeli bukan setakat satu malahan dua ataupun tiga lagi rumah untuk disewakan berbanding dengan baki RM100,000 dalam simpanan.

::RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..:)::

SUMBER ASAL: www.iluvislam.com



TAKAFUL vs INSURANS KONVENSIONAL


Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya.

Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya.

Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia.

Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak.

Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya.

Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain.

Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful.

Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka.

Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional.

Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takaful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional .

Sumber : www.greatfinancial.blogspot.com



Tuesday, July 12, 2011

KENAPA ANDA PERLU MEMPUNYAI TAKAFUL







Pernahkah kita terfikir, dari manakah kita perlu mendapatkan wang sebanyak itu? Pernahkah kita terfikir jika kita berada ditempat mereka? Adakah kita punya cukup simpanan untuk menghadapinya? Malang tidak berbau. Kita sendiri tidak menjangkakannya..Apa yang perlu kita lakukan? Tepuk dada tanya selera..

Sebab - sebab anda perlu mempunyai takaful:
  • adakah anda mempunyai simpanan hari tua yang mencukupi?
  • adakah anda memnpunyai simpanan yang mencukupi untuk membiayai kos hospital dan perubatan?
  • adakah anda mempunyai simpanan yang mencukupi bagi menyelesaikan segala hutang serta perbelanjaan untuk waris yang ditinggalkan?



RANGKAIAN PRODUK KESIHATAN DARI DR AZIMUTH FORMULA



1) BIO AURA ENERGY WATER SYSTEM

sistem air pertama di dunia yang mempunyai Quartz Crystal Bio-Aura Generator yang direka oleh Dr. Azimuth.

mengambil contoh prinsip mata air mineral dan air bukit semulajadi

menjana air beralkali

menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi dan karbon diaktifkan yang berkualiti tinggi serta bio seramik untuk menjana biotenaga

molekul air diubahsuai supaya mudah diserap oleh badan sekaligus membuang toksin dan kekotoran dari badan







2) GAMATMAXX


makanan tambahan yang padat dengan nutrient semulajadi, mineral,vitamin, dan anti oksida


mengandungi spirulina, chlorella, madu, gamat dan rumpai laut


astaxanthin mengandungi molekul hebat anti oksida yang 550 kali lebih kuat daripada vitamin C dan 40 kali lebih kuat daripada beta karoten





DI SEBALIK AD DIN TERAS NIAGA

PENGURUS Ad Din TERAS NIAGA
PENGURUS AD DIN TERAS NIAGA


STAFF AD DIN TERAS NIAGA




HUBUNGI KAMI



Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di:-

AD DIN TERAS NIAGA

CAWANGAN ROMPIN:


A9 Bangunan Arked MARA,
Jln Utama,
Bandar Baru,
26800 Kuala Rompin,
Pahanng Darul Makmur.

Tel / Fax : 09-4147357




CAWANGAN ENDAU:


No 6A Jalan Dato Mohd Ali,
86900 Endau,
Johor Darul Takzim.

Tel : 07-7945217 Fax: 07-7945189


CAWANGAN MERSING:



No 39, Tingkat 1,
Jalan Wawasan 1,
Taman Wawasan,
86800 Mersing,
Johor Darul Takzim.

Tel / Fax : 07-7995297





Monday, July 11, 2011

TAKAFUL KENDERAAN

Mari perbaharui Insurans dan Road Tax Kenderaan anda di :
Ad Din TERAS NIAGA

Kelebihan Insurans Kenderaan di Ad Din TERAS NIAGA:


Pindahan serta - merta Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)
• Khidmat Pembaharuan cukai jalan
• Khidmat 'Auto Assist' percuma (eTiQa Takaful)
• Khidmat Telebantuan percuma (Takaful Malaysia)


Manfaat Tambahan:
Pusat Sehenti (One Stop Center) - untuk segala urusan yang berkaitan dengan insurans kenderaan seperti pembaharuan cukai jalan, pengeluaran polisi, tukar geran baru, dll.
Kelulusan Tuntutan Yang Cepat - Pemprosesan dan kelulusan tuntutan yang cepat
Pengeluaran Polisi Segera JPJ Link - untuk pembaharuan cukai jalan yang mudah
Pilihan Pembayaran - Pembayaran mudah melalui tunai atau cek



** Jika geran kenderaan anda di bank / syarikat kewangan, urusan pembayaran road tax akan diuruskan. Anda hanya perlu ambil road tax di pejabat kami @ kami hantar ke tempat anda.




PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN



AD DIN TERAS NIAGA




merupakan wakil kepada:














Perkhidmatan TAKAFUL AM yang disediakan termasuklah:





TAKAFUL KENDERAAN




TAKAFUL PAMPASAN PEKERJA




TAKAFUL TANGGUNGAN AM




TAKAFUL 'CONTRACTOR ALL RISK'




AD DIN TERAS NIAGA

(CA 0102097-V)

Ditubuhkan pada 16 Mac 2006, Ad din TERAS NIAGA menawarkan perkhidmatan perundingan Takaful Keluarga dan Takaful Am wakil bagi eTiQa Takaful dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad. Mempunyai tiga buah cawangan dalam usaha menyediakan perkhidmatan takaful terbaik kepada anda.


Sunday, February 20, 2011

MAJLIS PENYERAHAN CEK TAKAFUL MALAYSIA


SABTU 19 FEBRUARI 2011
SINAR HARIAN (EDISI PAHANG)

Majlis penyerahan cek kepada wakil peserta takaful, Syarikat Takaful Malaysia Berhad telah berlangsung di Keratong sebagai sumbangan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh keluarga terbabit.

Cek sumbangan itu diserahkan kepada ibu Nik Noratikah Ali yang merupakan pelatih Pusat pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Insan Murni, Felda Keratong 3 yang meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.

Cek sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengurus Ad Din Teras Niaga yang juga merupakan Korporat Agen Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Zuhaidi bin Rahmat.



Saturday, February 12, 2011

MASUK BERITA!!


KHAMIS, 10 FEBRUARI 2011
SINAR HARIAN - EDISI PAHANG

Pengurus Ad Din Teras Niaga masuk berita! Jom kita baca sama - sama apa yang diperkatakan oleh Pengurus kita!








*sedikit pembetulan disini. Umur pengurus yang sebenarnya adalah sekitar 30-an. bkn 20 -an ye!harap maklum..



PENYERAHAN CEK


Ad Din Teras Niaga menjanjikan perkhidmatan yang terbaik. Ini terbukti dengan aktiviti penyerahan cek kepada pihak yang menuntut setelah kehilangan orang - orang yang tersayang.

Sediakan payung sebelum hujan. Pernah dengar kan pepatah melayu ni? So, jom kita tengok gambar - gambar ni sekitar aktiviti penyerahan cek oleh Pengurus Ad Din Teras Niaga, Zuhaidi Rahmat.


Penyerahan pampasan kepada kontraktor yang kerugian disebabkan oleh banjir pada 2008 di Kuala Rompin





Penyerahan wang insurans melalui Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok melalui wakil Etiqa Takaful pada tahun 2009 di Mersing




Penyerahan pampasan insurans Etiqa Takaful pada tahun 2010 di Kuala Rompin




Penyerahan pampasan insurans di Pejabat Urusan Ad Din Teras Niaga di Rompin




Di Kg Kasing, Rompin, Pahang



Di Kg Sepakat, Rompin, Pahang




Di Kg Tanjung Gemuk, Rompin, Pahang

Monday, January 31, 2011

MESYUARAT PEMBUKAAN TAHUN 2011


29 JANUARI 2011.

Bertempat di Pejabat Urusan Ad Din Teras Niaga cawangan Mersing, mesyuarat kali pertama bagi tahun 2011 telah dijalankan. Semua para pekerja terlibat.

Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan prestasi syarikat bagi tahun 2010 dan stategi - strategi yang akan dilaksanakan pada tahun ini untuk meningkatkan prestasi syarikat dan juga para pekerja disamping mengeratkan silaturrahim..

Pengurus Ad Din Teras Niaga, Zuhaidi bin Rahmat menyampaikan tazkirah ringkas dan memberikan beberapa tips kepada para pekerja.

TIPS UNTUK BERJAYA:
  • KERJA / TUGAS ADALAH KETUA
  • IKUT ARAHAN DAN SEGALANYA AKAN BERJALAN LANCAR
  • KERJA MESTI IKHLAS
Mesyuarat berakhir dengan sesi bergambar. Jom kita tengok para pekerja Ad Din Teras Niaga