Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

RENUNGAN HARI INI

"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kebahagiaan, satu kebahagiaan ketika tiba waktu berbuka, dan satu kebahagiaan lagi ketika berjumpa dengan Rabbnya. Dan sungguh, bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum dari bau minyak kesturi."(Sunan ibnu majah : 1628, shahih)

Tuesday, July 13, 2010

PAKEJ TAKAFUL PROJEK/KONTRAK


· TAKAFUL PAMPASAN PEKERJA ( WORKMEN COMPENSATION)

Pampasan bagi kecederaan diri kerana kemalangan atau penyakit keatas pekerja yang berkhidmat untuk syarikat dalam masa urusan perniagaaan sesuatu projek sedang dilaksanakan.

· TAKAFUL KONTRAK SEMUA RISIKO (CONTRACTOR ALL RISK)

Perlindungan keatas kontraktor dari risiko kebakaran, letupan, banjir, ribut taufan, gempabumi, kecurian, kehilangan, perlanggaran atau kemusnahan semasa perlaksanaan kerja-kerja pembinaan awam dibawah kerja kerja kontrak dan juga tanggungan terhadap orang awam.

· TAKAFUL TANGGUNGAN AWAM (PUBLIC LIABILITY)

Pampasan / gantirugi kepada syarikat bagi sebarang pembayaran yang dipertanggungjawabkan keatasnya kerana kemalangan yang menyebabkan kecederaan diri atau kerosakan harta orang lain semasa ia menguruskan projek dalam batasan kawasan kegiatannya.



Monday, July 12, 2010

PAKEJ TAKAFUL INDIVIDU/ PERSENDIRIAN


· TAKAFUL KELUARGA (FAMILY TAKAFUL)

Manfaat jaminan pendapatan dan saraan kepada diri atau waris peserta sekiranya berlaku kematian biasa disebabkan oleh penyakit ataupun akibat kemalangan atau keilatan kekal yang menyebabkan hilang upaya peserta.


· TAKAFUL PENDIDIKAN ANAK (EDUCATION TAKAFUL)

Manfaat perlindungan / tabung simpanan pendidikan untuk anak-anak peserta dan saraan sehingga anak anak mencapai umur 18 tahun (minimum).


· TAKAFUL HOSPITAL & PEMBEDAHAN (HOSPITAL & SURGICAL TAKAFUL)

Memberi manfaat pembayaran bil-bil Hospital kepada peserta dan keluarga peserta yang bersabit dengan diwadkan dan melibatkan pembedahan samaada atas akibat penyakit atau kemalangan.


· TAKAFUL KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN (FIRE TAKAFUL)

Perlindungan keatas harta-harta seperti bangunan kediaman peserta dan kandungannya dari kemusnahan disebabkan oleh kebakaran atau kilat / petir.


· TAKAFUL PEMILIK RUMAH (HOUSE OWNER)

Perlindungan keatas tempat kediaman persendirian peserta seperti rumah biasa, rumah pangsa, kondominium dan pangsapuri dari kemusnahan disebabkan oleh kebakaran, kilat / petir, letupan, kejatuhan pesawat udara, perlanggaran keatas bangunan, pecah rumah, gempabumi, banjir dan tanggungan peserta sebagai pemilik premis terhadap orang awam.


· TAKAFUL BARANGAN RUMAH (HOUSEHOLDER)

Perlindungan keatas semua perkakas rumah dan harta kegunaan persendirian peserta dari kerugian yang berpunca akibat bencana disebabkan oleh kebakaran, kilat / petir, letupan, kejatuhan pesawat udara, perlanggaran keatas bangunan, pecah rumah, gempabumi, banjir dan tanggungan peserta sebagai pemilik premis terhadap orang awam.


· TAKAFUL KENDERAAN PERSENDIRIAN (PRIVATE VEHICLE /MOTOR)

Perlindungan keatas kenderaan persendirian peserta dari kemusnahan, kehilangan, kecurian atau kemalangan dan juga tanggungan terhadap orang awam.